7 Dis 2012

BIDANG TATABAHASA

Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.

Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

27 Nov 2012

Simpulan Bahasa


              A
Abu jahal :
                          Orang yang selalu menentang ikhtiar yang baik.
Abu nawas :
                           Orang yang bijak mencari helah.
Ada angin :
                          Perangai yang berubah-ubah.
Ada bakat :
                          Ada keupayaan semula jadi dalam sesuatu bidang.
Ada hajat :
                        Mempunyai niat.


KATA NAMA


KATA NAMA
  •   Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda,  
            haiwan (binatang), manusia (orang) dan tempat.

  • Kata nama terbahagi kepada:
  1. Kata Nama Am
  2. Kata Nama Khas
  3. Kata Ganti Nama

26 Nov 2012

Golongan Kata Dalam Bahasa Melayu


Kata
 Nama

Kata
 Adjektif

Kata
Kerja

Kata
 Tugas
Golongan Kata Dalam
Bahasa Melayu
 
  

2 Nov 2012

Peribahasa - A

Peribahasa
Ada air, adalah ikan.

Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.

Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya).

Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

Ada bangkai, adalah hering.

Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

Ada batang, cendawan tumbuh.

Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.

Ada beras, taruh dalam padi.

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

Ada biduk, serempu pula.

Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.